nasi oh nasi dimana engkau nasi..heh..hari ni saya dengan bangganya nak tulis kat dalam blog nih yang saya tak makan nasi..dah macam orang tahanan perang dah ni..dok terperap dalam rumah mengadap buku 24 jam sampai pergi kafe pun x mau padahal sekangkang babun jekkk( rosak simpulan bahasa weiii!!!)..hah!!! serius respek la dengan kau pieja mesti study gila-gila tahap budak genius nyerrr.. ar you sure.????.
Apasal kau x percaya, ingat aku tipu ke…memang aku tipu pun..HAHAHAHAKTUIH..mana ada…tipu jek tu..mengadap buku adela 1jam(agak-agak jek) yang lebihnya mengadap tenetku sayang..beronggeng-ronggeng dengan geng umahku syurgaku sambil melalak nyanyi lagu fantasia bulan purnama eh salah salah fantasia bulan madu…ngeh3..
kalau ikut jadual studyku hari ini kene buka buku iT and of cos lah perkataan-perkataan yang ada dalam buku itu ditulis dalam bahasa yang namanya Inggeris itu..aku suka BI!!!!,aku suka BI!!!..ngeeeee..aku tipu lagi..dengan muka tensen aku nak cakap AKU TAK SUKA BI!!!..
ermmmm..memanglah sekarang nih BI itu sangat penting tapi macam dah terlambat jek hendak mengasah bakat dengan membaca buku BI dan bercakap dengan petahnya dalam BI…move on pieja, usaha tangga kejayaan!!! OK OK..aku pergi baca buku IT tu sekarang. ehhhhh pieja..entri ni tak siap lagikan, tak kan nak bla macam tu jek..hisyyyy..tiba-tiba pulak kau jadi lurus bendul ye pieja…hehe..
ok lah, sebelum entri nih merapu tahap ikan kerapu(ngeeee) kita cerita pasal nasi sekarang..menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai( cehhh….skema tahap gaban la pulak kau nih)..tubuh kita memerlukan 2 gram karbohidrat per kg berat badan dalam sehari ( tidak termasuk keperluan untuk olahraga-olahraga sekalian dan para pemburu lemak yah tuan-tuan dan puan-puan sekalian).
jadinya kalau berat aku 49kg dan berketinggian 159cm (pewwwwwiiiittttt, rampingnyaaaa.. macam kerengga..HAHA, koya kata orang Kelantan) aku memerlukan 98gram karbohidrat setiap hari…
nyummmmmm...nyuuuuuummmmmm...aku sangat lapar...
then, nak tulis kat sini yang nasi ialah antara penyumbang terbesar karbohidrat dalam badan kita.ermmmm nak tambah lagi sedikit, karbohidrat ini amat penting untuk bagi kita tenaga..bila ada tenaga baru badan kita senang hati nak bekerja untuk kita..
so, I nak beritahu kat sini lagi sekali yang I tak makan nasi hari ni..jadi badan I tak dapat tenaga yang cukup untuk bekerja termasuklah untuk menstudykan diri dengan menghadap buku BI itu..thats why la I jadi malas dan my otak tak berapa mahu terima segala macam perkataan yang telah di baca pada hari ini…
owhhhh, jadi sekarang kau nak salahkan nasi lah nih penyebab kau malas
study…
ye!!!nasi yang bersalah dalam hal nih..
habis tu yang kau tak mahu pergi kafe tu apasal..kau nak salahkan siapa
pulak..
ermmm..tu kene salahkan kaki…HAHAHA (gelak orang jahat)…
_ _ Moral of da story: JANGAN suka salahkan orang lain bila something bad happened to you.. (cisss pieja, dahlah tak pandai BI lagi mau tulis BI..sudahlah kau )..shut up you!!!aku punya sukalah..blog aku..haha…sendiri punya buruk punya perangai sendiri tak mau mengaku haaaa…busuk punya orang…
Insaf sekarang pieja..insaf sekarang… BYEBYE…
Thursday, October 29, 2009
nasi OH nasi
Posted by - - - pieja- - - at 10:09 PM 0 comments
Friday, October 23, 2009
sweettweetmweet
Sweettweetmweet…
21/10/2009_2 zulkaedah 1430_4pm
Habis sudah belajar…ermmm tak tahulah nak describe perasaan masa ni..gumbira pun ada, sedih pun ada..risau, takut, cuak,macam-macam adaaaa…
Sekarang nih masa untuk rileks nak layan cerita korea, nak berpakwekan tenet setiap hari, nak bernyanyi-nyanyian walaupun suara tak sehebat ermmmmm sehebat erm sehebat siapa eak…aisyyyy weiii sedarlah siket exam nak dekat da weiiiii..
Alaaaaaaa.. exam letak sebelah menyebelah tepi sana ciket boleh tak????ngeeeeee…
Lepas ni ok lepas ni..sekarang ni rileks tenangkan fikiran tarik nafas dalam-dalam hembus kasi pelan-pelan juga..
Meh kita cerita pasal apa yang dikatakan dengan kenangan, memori yang memaniskan tahap kencing manisnyerrr atau dengan kata lain SWEETTWEETMWEET...
2-4/10/2010 ritu...
rombongan cik kiah telah datang bertandang kat pulau yang namanyerrr LANGKAWI..tempat ini sangat santek tau, tak rugi i melabur duit kat sana..seriussss cakap..kompom!!!hah, apa yang santeknyerrrr??(setakat tulis jek semua orang pun boleh buat pieja...)
Ok2, fine..meh sini nak explain...
Santeknyerrr pulau ni pada pantainya yang bersih, air laut yang mendamaikan dan of course la kawasan perkampungan yang sangat permai, aman damai, mamai(adeke mamai???!!!) ditambah dengan pemandangan sawah padi menghijau yang amat payah sekali nak tengok kat negeri yang namanya Johor itu. Tak percaya boleh pergi tengok sendiri..eh,jangan pergi sekarang tapi lepas habis baca entri nihh!!..arahan!!! ngeee..
welcome to LAngkawi GEopark..
Biasalah kawasan pelancongan memang banyaklah tempat yang boleh kita pergi ( tak payah ceritalah rombongan cik kiah pergi mana, 2 da macam buat laporan plak kan ) dan kompom boleh mengkopakkan duit aku sekaligus duit abah aku..hehe..nasib baiklah otak anak abah nih jenis boleh fikir dua tiga kali, kalaulah dapat otak yang jenis tak mahu fikir bila si mata sudah merambangkan dirinya aisyyy kompom sekarang da buat kerja part time nak kasi isi perut yang comel dan manja ini...aiseymen melalut sudah nih..ok back pieja back now!!!!
3 hari kat pulau santek itu dah banyak bagi sweettweetmweet yang kompom i tak boleh lupa sampai anak cucu cicit dunia akhirat semua tu lah..Lepas ni kompom da susah nak buat rombongan cik kiah lagi..kalau buat pon mesti tak cukup korem..apapun, im so happy with my fren x 40..kami memang SWEETTWEETMWEET_memori ini sangat manis sekali..kompom!!!
Hah!!! Apa!!! Nak bukti!!! Tak percaya!!!ok2!!
Boleh tengok sekarang!!!kompom percaya..
on da way nak pergi ke pulau yang santek itu
pantainya yang permai, aman damai dan kompom tak mamai..hehe
permandangan sawah padi luas terbentang hijau hijauan blablabla...
nak pesan kat semua yang baca entri nih..kalau pergi pulau santek nih wajib datang tempat nih..
kami semua..eh apa plak semua...kami belum cukup semua..hehe
_ _ ok,dah tengok bukti..semua kene percaya sekarang!!!!_ _
Posted by - - - pieja- - - at 8:10 AM 0 comments